mai buat buah rotan geggeggegegeg
Bahan-bahan ( Seisi keluarga )
- 3 cawan tepung pulut
- 1 biji telur
- 1 cawan air
- 3 sudu besar pati santan
- 1/2 cawan gula
- Bijan secukupnya
Cara-cara
- Masukkan tepung dan gula ke dalam mangkuk, buat lubang di tengah kemudian letak air, telur (dipukul terlebih dahulu) dan pati santan sekit demi sedikit dan kacau. Setelah dicampurkan semua, uli sehingga sebati dan lembut.
- Ambil doh yang dah siap tadi , uli kecil-kecil kemudian letak bijan. Semasa menguli , ulisekali dengan bijan. Bijan akan melekat pada tepung.
- Ulangi sehingga habis. Goreng sehingga kekuningan pada api yang sederhana panas.
- p/s: Uli dengan tangan akan membuatkan bijan akan melekat dan apabila mengoreng , pastikan minyak banyak dan jgn terlalu kacau, kerana bijan akan keluar.
No comments:
Post a Comment